Wanita diiktiraf jadi ‘bapa’ anak

on 13 Disember 2013

Tokyo: Seorang transeksual yang dilahirkan sebagai wanita diiktiraf mahkamah agung Jepun sebagai bapa yang sah kepada anak dilahirkan isterinya, kes pertama seumpamanya di negara itu.
Mahkamah agung menukar keputusan awal yang menolak permohonan ‘lelaki’ terbabit untuk didaftarkan sebagai bapa kepada kanak-kanak itu dengan alasan kanak-kanak terbabit dihasilkan daripada sperma individu ketiga melalui proses IVF.
Keputusan itu memberi laluan kepada golongan transeksual untuk mendapat pengiktirafan sebagai bapa walaupun tidak mempunyai hubungan biologi dengan kelahiran seseorang bayi.
Dalam keputusan semalam, hakim berkata, mereka perlu mengambil kira undang-undang 2004 yang membenarkan individu berdepan masalah kekeliruan jantina agar menukar jantina secara sah jika mereka memenuhi syarat tertentu, termasuk menjalani rawatan sewajarnya.
Menurut mahkamah, individu yang diiktiraf sebagai ‘lelaki’ dan dibenarkan untuk menukar jantina mengikut undang-undang itu juga perlu dianggap sebagai ‘lelaki’ mengikut undang-undang lain.
‘Lelaki’ itu bukan saja boleh berkahwin dan menjadi suami mengikut udang-undang sivil, tetapi juga perlu diiktiraf sebagai bapa kepada anak yang dilahirkan isterinya sepanjang perkahwinan mereka.

Keputusan itu bermakna amalan sedia ada di pejabat pendaftaran tempatan yang menyatakan anak kepada pasangan berkahwin yang mempunyai bapa transeksual, didaftar sebagai tidak sah perlu ditukar.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved