Tikam suami sendiri kerana lupa beli bir

on 31 Disember 2013

Charleston: Seorang wanita South Carolina ditahan selepas menikam suaminya dengan tupai perhiasan seramik.
Helen Ann Williams dituduh melakukan jenayah penderaan domestik kerana mengetuk kepala suaminya sebelum menikam mangsa di dada dengan tupai perhiasan seramik.

Ketika kejadian, Helen, 44, menunggu suaminya pulang membawa bir yang dipesannya.
Menurut laporan NBC News, Helen menjadi berang apabila suaminya pulang tanpa membeli barang yang dipesannya.

Ketika suaminya sibuk membuat sandwic, Helen mengambil alat perhiasan itu lalu mengetuk kepala lelaki terbabit sebelum menikamnya.

Suami Helen berjaya melarikan diri ke kediaman jiran mereka dan menghubungi polis. Ketika polis tiba di kediaman pasangan itu, mereka mendapati mangsa mengalami kecederaan di dada dan bahu kirinya. Helen memberitahu yang suaminya terjatuh tetapi anggota polis mencurigai kenyataannya kerana baju dan tangan wanita terbabit dilihat berlumuran darah. Helen kemudian ditahan di penjara Charleston dengan ikat jamin AS$10,000 (RM32,933), manakala suaminya dimasukkan ke hospitaluntuk menjalani rawatan. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved