Terpaksa berlakon

on 01 Disember 2013

Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif. 
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2. 

Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
Foto
HAIQAL menyesali dosa silamnya.

Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama.
sumber :mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved