Susu keldai laris dijual

on 29 Disember 2013

New Delhi: Sekumpulan nomad dari daerah Telangana meraih untung menjual susu keldai kononnya rahsia di sebalik kecantikan ratu Mesir, Cleopatra - kerana didakwa baik untuk bayi yang baru dilahirkan.
Sambil membawa sekawanan keldai, 20 orang terdiri daripada empat keluarga itu mendapat perhatian penduduk selepas mendakwa susu dijual mampu merawat pelbagai penyakit bayi termasuk asma dan masalah pernafasan lain.

“Kami menjual secawan 25 mililiter (ml) susu segar dengan harga Rs200 (RM10.60) manakala bagi pembelian pukal Rs2000 (RM106) seliter.
“Kami masing-masing meraih sehingga Rs800 (RM42) sehari hasil jualan susu ini,” kata wanita dalam kumpulan itu dikenali sebagai Lingamma.

Surirumah K Satyavathi membeli 75ml susu daripadanya untuk cucunya yang baru dilahirkan.

“Saya gembira apabila mendapat tahu susu ini dijual kerana ia perubatan ayurveda terbaik untuk bayi,” katanya.
Pakar ayurveda V Suseela berkata, susu keldai digunakan sejak zaman dulu malah digunakan dalam produk kosmetik.

“Tidak hairanlah Cleopatra menggunakan mandian susu 700 keldai kerana ia mampu melembut dan menyerikan kulit,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved