Setiap kamar video lucah

on 14 Disember 2013

Ipoh: Semakin kerap pihak berkuasa melakukan pembanterasan, semakin licik pengusaha pusat maksiat di sini cuba menyembunyikan kegiatan mereka, namun pada masa sama tetap mampu menarik kehadiran lelaki hidung belang.
Antara taktik dilakukan ialah beroperasi di premis yang secara luaran dilihat tidak ubah seperti kedai kopi, namun di bahagian dalam disediakan deretan bilik untuk aktiviti pelacuran. 
Lebih mengejutkan, selain menyediakan pelayan wanita yang sedia memberi khidmat seks, setiap bilik di dalam kedai kopi itu turut dilengkapi televisyen LCD 32 inci untuk menayangkan video lucah kepada pelanggan. 

Konsep ‘tonton dan tiru’ itu dipercayai ditiru kaedah digunakan pusat pelacuran di Hatyai dan Danok, Thailand dan pelayan yang disediakan turut membabitkan warga negara itu, selain wanita Vietnam serta tempatan.
Foto
PELANGGAN menunggu di ruang rehat sebelum melanggani wanita disediakan.

Penyamaran wartawan Harian Metro ke dalam premis berkenaan yang pernah beberapa kali diserbu polis mendapati suasana di dalam agak gelap dan ia dipecahkan kepada tiga bahagian atau ruangan untuk mengelak kegiatan maksiat dihidu pihak berkuasa.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved