Sehelai kertas A4 RM2,500

on 07 Disember 2013

London: Seorang bapa yang menabung selama setahun untuk menggembirakan anaknya dengan hadiah XBox One menyangka dia bertindak bijak apabila memesan set permainan video itu di laman sesawang eBay.
Bagi Peter Clatworthy, set XBox One versi terhad itu adalah antara hadiah bermakna untuk anaknya sempena Krismas nanti. Justeru dia membuat pesanan selepas membaca tawaran di eBay mengenai “XBox One Edisi Hari Pertama FIFA - Gambar Baru UK 2012.” Dia kemudian membuat bayaran bernilai £480 (RM2,537) walaupun lazimnya set berkenaan dijual pada harga hanya £430 (RM2,272).

Namun Clatworthy terkejut apabila pesanan itu tiba di rumahnya di Bilborough, Nottinghamshire kerana ia cuma sekeping kertas memaparkan gambar alat permainan berkenaan.
Di belakang kertas itu, penjualnya turut menulis pesanan: “Terima kasih atas pembelian anda.” Sebenarnya kekeliruan berkenaan bukan salah penjual, sebaliknya kecuaian Clatworthy sendiri kerana tidak membaca tawaran berkenaan dengan teliti. Menurut Clatworthy, dia sangat kecewa kerana diperdaya dengan cara itu.

“Saya menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk membeli set berkenaan,” katanya.

Menurut Clatworthy, dia mahu menghadiahkan set XBox One itu kepada anaknya yang baru berusia empat tahun. “Ketika posmen memberikan sampul surat coklat, saya tertanya-tanya adakah dia menghantar ke alamat yang betul.
“Sebaik saja saya lihat sampul surat itu untuk saya, baru saya menyedari yang saya sudah tertipu. “Saya membuka sampul surat itu dan melihat ada sehelai kertas di dalamnya,” katanya.

Malah gambar itu sendiri bukan diambil penjual, sebaliknya dicuri dari imej yang ada dalam laman sesawang Google.
“Saya benar-benar terkejut tetapi hanya menyalahkan diri sendiri,” katanya. Ekoran kejadian itu, Clatworthy dibayar ganti rugi oleh eBay. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved