‘Rangka hidup’ pegang watak Wonder Women

on 06 Disember 2013

Los Angeles: Peminat filem Hollywood merungut kerana aktres Israel, Gal Gadot diberikan tawaran sebagai Wonder Woman dalam filem Batman vs Superman.
Semalam penerbit filem itu mengumumkan Gal, 28, ditawarkan ditawarkan watak Wonder Woman tetapi mendapat reaksi negatif di kalangan peminat.

Kebanyakan mereka berpendapat Ratu Cantik Israel 2004 itu tidak memiliki tubuh yang menawan, malah terlalu kurus.
Peminat yang cuma dikenali sebagai CarlPearce666 menulis: “Saya dengar Warner Bros menawarkan watak Wonder Woman kepada rangka hidup... memang pelik!”

Seorang lagi peminat haz_elnino pula menulis dalam Twitternya: “Satu-satunya perkara yang saya bimbangkan apabila Gal Gadot menjadi Wonder Woman ialah dia terlalu kurus bagaikan pesakit anoreksia.

Masa untuk tambahkan berat badan.” Bagaimanapun, pengarah filem itu Zack Snyder berkata Gal ialah pilihan yang tepat untuk watak itu. Filem Batman vs Superman bakal ditayangkan pada 17 Julai 2015. - Agensi

Foto
GAL
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved