‘Puteri Fiona’ kahwini ‘Shrek’

on 23 Disember 2013

London: Seorang pengantin perempuan dan pasangannya semalam bertukar menjadi hijau sebagai menepati perkahwinan dalam kisah pari-pari berdasarkan filem Shrek.
Amanda, 44, and Nathan Gibbs, 39, dari Kingswinford, Midlands Barat merancang acara perkahwinan luar biasa itu selepas lapan tahun berpacaran. 
Selepas kehilangan beberapa rakan akibat penyakit kanser, pasangan itu memutuskan untuk mengenakan pakaian perkahwinan ala kisah pari-pari sambil mengutip derma untuk tujuan kebajikan pada hari bahagia mereka. 

Pasangan itu berkahwin di Dewan Utama dekat Dudley dan tetamu yang hadir juga perlu memakai tema pakaian berdasarkan watak dalam filem pari-pari seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse dan Jack Sparrow daripada Pirates Of The Caribbean.
Foto
GIBBS dan Amanda mengadakan majlis perkahwinan sambil mengutip dana bagi penyelidikan penyakit kanser.

Di sebalik hadiah perkahwinan, pasangan itu yang menguruskan perniagaan dobi meminta tetamu yang hadir agar memberi sumbangan kepada Penyelidikan Kanser.

Gibbs berkata, sejak 15 bulan lalu mereka sudah kehilangan tujuh pelanggan yang meninggal akibat kanser.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved