Perut berbonjol selepas pembedahan

on 11 Disember 2013

Toronto: Seorang lelaki mendakwa pembedahan yang cuai menyebabkan dia menanggung kesukaran apabila wujud benjolan pada perutnya.
Yves Rivest, 36, berkata masalah itu bermula pada 2003 apabila sebuah lori sampah melanggarnya ketika dia bekerja.
Insiden itu menyebabkan dia terbaring di bawah lori dan tayar depan kenderaan itu menggilis di antara kedua-dua pahanya sehingga ke perut. 

Bekas pekerja pembersihan dari Montreal itu berkata, dia koma selama tiga minggu dan mendapati bahagian dalam perutnya membonjol keluar.
Foto
RIVEST mengalami nasib malang selepas dilanggar lori sampah pada 2003.

“Doktor kemudian menjalankan pembedahan untuk menutup bukaan pada perut tetapi gagal menyebabkan mereka melakukan pemindahan kulit untuk menutup bonjolan berkenaan,” katanya kepada media semalam.

Rivest berkata selepas kemalangan itu doktor ada bertemu dengannya dan menjelaskan keadaan itu mungkin hanya berlanjutan sekurang-kurangnya setahun. 

“Sebaik saja perut saya sembuh, mereka akan membedah saya sekali lagi untuk memulihkan keadaan,” katanya. 

Mereka memang melakukan pembedahan itu tetapi malangnya ia tidak bertahan lama. 
Kata Rivest, berlaku tekanan kuat pada perutnya menyebabkan kantung itu terkeluar semula. 

Keadaan itu, kata Rivest, memaksa doktor mengambil kulit pada kakinya untuk menutup benjolan berkenaan pada 2004. 

Kini, kata Rivest, benjolan itu membesar sehingga 70 sentimeter dan seberat hampir 13 kilogram. 

Masalahnya, kata Rivest, doktor enggan membedah untuk membetulkan keadaan kecuali dia berjaya menurunkan berat badannya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved