Penangan ‘burger ganja’

on 07 Disember 2013

Atlanta: Seorang pekerja restoran makanan segera Wendy’s ditahan bulan lalu di Georgia kerana memasukkan ganja dalam burger keju yang dibuatnya, lapor media semalam.
Menurut polis Lovejoy, Amy Seiber, 32, ditangkap ketika bekerja pada 1 November lalu selepas pelanggan menghubungi talian kecemasan 911 mengadu menemui rokok ganja yang sudah separuh dihisap dalam burger kejunya.

Pelanggan itu kemudian bertemu dengan pegawai polis bertugas di lokasi restoran Wendy’s, tempat dia memesan makanan berkenaan.
Siasatan mendapati rokok ganja itu adalah milik Amy.

Menurut pegawai polis itu, Amy mengakui dia sedang menghisap ganja ketika bekerja dan tanpa sengaja meletakkannya dalam burger keju dipesan pelanggan.

Rokok ganja itu kemudian dijadikan bahan bukti sebelum Amy ditahan.
Dia turut dipecat daripada bekerja di restoran itu.

Pelanggan terbabit berkata, dia mengalami keracunan makanan selepas memakan burger keju itu hingga terpaksa dirawat di hospital.
Setakat ini, Wendy’s menawarkan untuk menanggung kos perubatan pelanggan terbabit, selain turut memberikan baucar makanan bernilai AS$50 (RM160). Wakil restoran berkenaan berkata, jelas sekali pekerja mereka melanggar peraturan dan tidak mematuhi proses penyediaan makanan yang betul.

“Kami minta maaf atas apa yang berlaku. Pihak kami akan membayar ganti rugi kepada pelanggan terbabit, termasuk membayar kos rawatannya di hospital,” kata jurucakap Wendy’s. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

syah berkata...

macam2 hal zaman sekarang nie


Sabtu, Disember 07, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved