Paip ganja dalam kemaluan

on 19 Disember 2013

Oklahoma: Seorang wanita yang ditahan kerana melakukan kekacauan kini turut berdepan tuduhan lebih serius selepas pegawai polis menemui paip untuk menghisap ganja dalam kemaluannya.
Ericka Marie Danna, 25, ditahan Sabtu lalu kerana melakukan kekacauan sebelum pemeriksaan badannya ketika di penjara menemui paip berkenaan.

Berikutan itu, Ericka turut didakwa cuba menyeludup barang terlarang ke dalam penjara.
Dia dibenarkan jaminan $5,000 (RM16,283) namun masih belum membayar jumlah itu.

Kes itu bukan yang pertama seumpananya.

Jun lalu, seorang wanita, Claudia Ibarra, 31, ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup dadah dari Mexico ke Amerika Syarikat selepas pegawai polis menemui bungkusan mengandungi methamphetamine seberat 0.45 kilogram disorokkan dalam kemaluannya.
Dadah itu turut dibalut dua kali menggunakan kondom, malah saiznya terlalu besar sehingga pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkannya.

Selain itu, pada Oktober tahun lalu, Ashley Bellamy, 22, ditahan polis yang mengesyaki sesuatu apabila melihat wanita itu berjalan dalam keadaan pelik.
Pemeriksaan badannya menemui 36 botol kecil serbuk kokain disorok dalam kemaluannya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved