Padah sabun disangka kokain

on 19 Disember 2013

Pennsylvania: Dua rakan menghabiskan dua bulan dalam penjara selepas polis menyangka dua peket sabun buatan sendiri sebagai kokain.
Annadel Cruz, 26, ditahan ketika memandu keretanya melebihi had laju pada 13 November lalu.

Anggota polis bertugas menghidu bau ganja dan wanita itu mengaku ada menghisap dadah berkenaan selain membawa sejumlah kecil dalam colinya.
Bagaimanapun, anggota polis terbabit turut menemui dua peket dibaluti kertas lutsinar yang disangka kokain berdasarkan ujian dibuat di tempat kejadian walaupun Annadel menegaskan ia sabun.

Berikutan itu, Annadel dan rakannya, Alexander Bernstein, 30, ditahan atas tuduhan mengedar dadah.

Bagaimanapun, sebulan kemudian ‘dadah’ berkenaan disahkan hanya sabun dan tuduhan terhadap mereka berdua digugurkan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved