Padah minum bir jatuh sungai

on 10 Disember 2013

Queensland: John Macdonald sedang memancing di Sungai Brisbane di Australia pada Mac tahun lalu apabila tin bir di tangannya terjatuh ke sungai.
Dengan segera dia mengambil semula tin minuman berkenaan dan tanpa berfikir panjang kembali menikmati arak berkenaan.
Beberapa jam kemudian Macdonald, 60, mengalami kesakitan melampau pada perutnya.
Kesakitan itu berlanjutan beberapa lama memaksa Macdonald mengunjungi hospital beberapa kali apabila perutnya membesar. 
Foto
PENYAKIT misteri Macdonald memaksa dia menjalani pembedahan beberapa kali.
Dia juga menjalani pembedahan di Hospital Caboolture apabila antibiotik dibekal doktor gagal merawat penyakit berkenaan.
Namun masalah itu gagal dibendung, malah Macdonald terpaksa dibedah kali ketiga di Hospital Diraja Brisbane dan doktor menjangkakan masalah itu akan diatasi.

Sebaliknya semua pihak terkejut apabila perut Macdonald menjadi lebih besar. 

Pada 8 Mei lalu Macdonald sekali lagi dibedah di Brisbane untuk membuang bengkak pada perutnya.

Seperti biasa doktor yakin ia akan menamatkan masalah perut Macdonald.
Namun di luar jangkaan masalah itu kembali lagi dan Macdonald merayu kepada mana-mana pihak supaya membantunya. 

Masalah menjadi lebih rumit apabila doktor tidak dapat melakukan apa-apa kepadanya untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan lagi. 

Kata Macdonald, setiap kali doktor membedah perutnya keadaan hanya kembali normal untuk seketika. 

“Tetapi tidak lama selepas itu keadaan perut saya kembali membesar dan terpaksa melalui proses perubatan berulang kali,” katanya.

Menurut Macdonald, penyakit dihadapinya itu membuktikan Sungai Brisbane jauh lebih tercemar berbanding sangkaan umum.

“Saya mendedahkan masalah ini dengan harapan seseorang tampil membantu saya mengatasi kesakitan supaya saya boleh kembali bersama keluarga,” katanya.- Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved