Mahkamah izin bius, bedah secara paksa

on 02 Disember 2013

London: Pertubuhan perkhidmatan sosial Essex berjaya mendapatkan arahan mahkamah supaya diberikan kebenaran untuk membius seorang wanita hamil bagi mengeluarkan bayinya melalui pembedahan caesarean.
Mahkamah berkata, ia bertindak bagi kebaikan wanita itu, seorang rakyat Itali yang berkunjung ke Britain untuk urusan pekerjaan kerana dia menghadapi tekanan mental. Bayi itu kini berusia 15 bulan masih di bawah jagaan agensi khidmat sosial yang enggan menyerahkannya semula kepada wanita itu walaupun dia mendakwa sudah pulih.

Kes itu menimbulkan pertelingkahan perundangan di peringkat antarabangsa apabila peguam wanita itu menyifatkan kes berkenaan sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini.
Peguam wanita itu, Brendan Fleming memberitahu dia tidak pernah mendengar kes sedemikian sepanjang 40 tahun terbabit dalam kerjaya guaman.

“Saya faham jika seseorang itu sakit dan mereka tidak boleh melalui prosedur rawatan, tetapi memaksa pembedahan caesarean ke atas seseorang tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Jika ada kebimbangan mengenai penjagaan bayi itu oleh ibunya yang juga rakyat Itali, maka cadangan yang terbaik ialah agar pihak berkuasa memaklumkan khidmat sosial Itali dan bayi itu dibawa pulang untuk dijaga di sana,” katanya.
Wanita terbabit datang ke Britain Julai tahun lalu untuk menghadiri kurus latihan dengan sebuah syarikat penerbangan di Essex.

Dia mengalami serangan panik dipercayai kerana gagal mengambil ubat akibat masalah dwipolar.
Polis kemudian membawanya ke hospital yang kemudian disedari wanita terbabit adalah pusat jagaan pesakit mental. Dia kemudian dilarang kembali ke hotelnya, malah ditahan mengikut Akta Kesihatan Mental Britain. Perkhidmatan sosial Essex kemudian mendapat perintah mahkamah pada Ogos 2012 untuk “memaksa pembedahan caesarean” dilakukan bagi mengeluarkan bayi berkenaan. Proses itu dijalankan tanpa pengetahuan wanita terbabit dan dibuat selepas lima minggu ditahan di wad sakit mental. Dia hanya diberitahu mengenai anaknya selepas sedar daripada pembedahan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved