Kejujuran tukang kasut

on 20 Disember 2013

Kuantan: Kerjayanya sebagai tukang kasut mungkin dipandang rendah sesetengah pihak, namun kejujuran dan sifat amanah dimilikinya, nyata satu keistimewaan Shahrizal Shahrani yang sukar ditandingi insan lain.
Ini kerana lelaki itu bukan saja menyimpan kira-kira 600 pasang kasut pelanggannya yang tidak dituntut sejak empat tahun lalu, malah sanggup menyewa stor dengan bayaran RM200 sebulan bagi menyimpan semua kasut berkenaan.
“Saya tidak akan menjual semua kasut ini kerana mungkin suatu hari nanti pemiliknya datang menuntut,” kata Shahrizal, 52, yang melakukan pekerjaan hariannya di sebuah premis di Jalan Mahkota, di sini.

Menurutnya, bagi memudahkan dia mengenal pasti kasut pelbagai jenama itu mengikut tempoh masa dihantar kepadanya, ia disimpan di atas rak dan di dalam guni.
Foto
SHAHRIZAL menunjukkan keadaan stor yang menyimpan kasut tak dituntut pelanggan.

“Kasut yang diletakkan di rak adalah yang dihantar antara setahun ke empat tahun manakala yang tidak dituntut dalam tempoh tiga ke enam bulan saya disimpan dalam guni,” katanya kepada Harian Metro.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved