Jangan ambil gambar saya!

on 04 Disember 2013

London: Kate Moss memberi amaran supaya orang ramai tidak sesuka hati mengambil gambar model terkenal itu jika mereka melihat atau terserempak dengannya di mana-mana.
Kate ternyata rimas dengan kerenah orang ramai yang tidak menghormati privasinya terutama dengan kewujudan pelbagai jenis media sosial seperti Instagram. “Jika saya sedang makan di restoran sekalipun ada saja orang datang mahu mengambil gambar saya walaupun saya agak keberatan untuk berbuat demikian.

“Tolonglah! Keadaan kini seolah-olah tiada sempadan langsung,” katanya ketika ditemui di Anugerah Fesyen Britain di London semalam.
Dalam majlis berkenaan Kate turut diberi penghargaan bagi mengiktiraf pembabitannya selama 25 tahun dalam industri berkenaan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved