Cincin orang jantan

on 30 Disember 2013

Perhatikan rakan lelaki di sekeliling. Tentu ada yang perasan antara mereka yang memakai aksesori seperti cincin. Mungkin mereka ingin dilihat bergaya atau sekadar suka-suka.
Biasanya cincin memberi gambaran terhadap wanita sama ada sempena pertunangan atau sekadar hiasan diri. Pun begitu, cincin turut menjadi pilihan buat jejaka untuk berhias. 
Golongan remaja khususnya, suka bergaya dengan aksesori cincin dan menggunakan ukiran kreatif tertentu agar ia nampak unik seperti tulisan nama dan simbol ‘love’. Jangan tak percaya lelaki turut memilikinya! 

Namun begitu, ramai beranggapan hanya lelaki ‘lembut’ yang menyarung cincin di jari, tidak pula buat lelaki bertubuh maskulin. Anda silap. Cuba perhatikan semula!

Sebuah perkahwinan misalnya, jika dulu hanya pengantin perempuan saja yang akan disarungkan cincin selepas ijab kabul tapi kini ia berpasangan. Malahan berserta corak yang sama, cuma berbeza kandungan material dalamnya.


Kesan celah jari

Pemakaian cincin bukan saja memberikan kesan kemerahan pada jari wanita tapi turut terkena kepada lelaki terutama bila pakai terlalu lama. Barangkali mereka alergik. 

Selain turut menjejaskan pekerjaan lelaki untuk menjalankan tugas, misalnya jurulatih sukan yang memerlukan mereka sentiasa bersedia dan tangkas dalam memberi latihan kepada anak buah masing-masing. Bahkan mereka dilarang memakai barang kemas ketika latihan diadakan. Bimbang jika mengganggu rutin terbabit atau risiko kehilangan perhiasan itu.

Jika diperhatikan, biasanya kerjaya yang memerlukan anggota berpakaian seragam dilarang memakai barangan kemas. Ia bertujuan menjaga disiplin ketika bertugas termasuk latihan kawad kaki yang memerlukan ketangkasan bergerak. 


Perlu tahu 

Benar, tidak ada salahnya untuk lelaki mengenakan cincin namun diingatkan jari tengah, ibu jari dan telunjuk adalah dilarang sama sekali oleh Rasulullah SAW untuk kaum lelaki menyarung sebarang bentuk cincin. 

Suatu ketika dulu, Rasulullah pernah melarang Saidina Ali daripada menyarungkan cincin pada mana-mana jari yang dinyatakan tadi. 

Kaum lelaki (Islam) dilarang memakai cincin yang diperbuat daripada emas, tembaga dan besi. Cuma dihalalkan memakai cincin perak saja. Pun begitu, bagi yang berminat untuk mempunyai cincin batu dibenarkan hanya batu akik.


Jaga hati 

Bagi pengurus bank, Muhammad Amar Ghazali, 27, pemakaian cincin adalah sebagai aksesori tambahan bagi lelaki selain jam tangan. 

“Nak dikatakan lelaki turut minat memakai cincin seperti perempuan, tidak juga kerana ramai juga orang sekarang yang memakainya berpasangan.

“Seperti saya, hanya memakai cincin ketika keluar bersama kekasih terutama bila nak jaga hati si dia yang suka melihat jari ada cincin. 

“Tapi semasa bersiap untuk ke pejabat saya akan memastikan cincin sudah ditanggalkan kerana tidak mahu ada rakan sepejabat mempersoalkannya nanti.

“Bagi saya, lelaki yang memakai cincin ini mempunyai perwatakan menarik. Mereka ada daya tarikan tersendiri,” katanya.


Kaki perempuan

Seorang pelajar kolej swasta, Nurhanani Muzammir, 22, berkata, dia tidak suka melihat lelaki memakai cincin kerana nampak janggal dan kurang ‘macho’. Cukup sekadar jam tangan.

“Pelik melihat lelaki memakai cincin. Disebabkan itu, ramai lelaki bercincin ingin berkenalan akan saya tolak mentah-mentah. 

“Bagi saya, lelaki yang memakai cincin dilihat seperti ‘kaki perempuan’ yang suka bertukar pasangan. Jadi saya tak dapat nak hapuskan perasaan tak suka itu agar menjadi suka. Selain berasa malu untuk perkenalkan teman lelaki kepada keluarga jika dia memakai cincin,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved