Wanita kahwini ‘roda Ferris’

on 18 November 2013

Florida: Perkahwinan Linda Ducharme bukanlah sebuah rollercoaster, ada naik dan turun kerana wanita yang berasal dari Florida ini berkahwin dengan sebuah roda Ferris gergasi yang diberi nama Bruce.
Bagi Linda, perkahwinannya itu cinta pandang pertama.

“Jantung saya berdegup kencang apabila ke pelantar dan menikmati pusingan roda ini. Saya tidak dapat menceritakan perasaan pelik yang dirasai tapi menikmati setiap detik di atas roda itu.
“Bruce kini dunia saya dan dia sentiasa saya kenang. Saya rasa sempurna bila bersama Bruce,” katanya.

Linda dan Bruce baru-baru ini memperbaharui ikatan perkahwinan mereka dan ia dirakamkan stesen televisyen Logo TV.

Linda memakai topi Roman dan pada hujung upacara itu, paderi mengikat tangannya ke palang utama roda Ferris itu.
Linda bagaimanapun bukan wanita pertama tergoda dengan struktur besi seperti itu.

Pada 2007, Erika LaBrie dilapor menyatakan hasrat untuk mengahwini Menara Eiffel. Wanita itu kini dikenali sebagai Erika Eiffel.
Erika adalah pengasas OS Internationale, pertubuhan untuk mereka yang ingin memiliki hubungan bermakna dengan objek.

Erika turut pernah dilapor tertarik dengan Tembok Berlin. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved