Wanita dalam pantang dituduh menipu

on 09 November 2013

KUANTAN: Seorang wanita yang masih dalam pantang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan menipu berhubung pembelian telefon bimbit tiga bulan lalu.
Tertuduh Nur Zaidani Akmal Abdul Majid, 28, dari Kampung Pandan, di sini, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan itu. 
Dia didakwa menggunakan cek akaun AmBank yang sudah ditutup untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Samsung Note 8 inci di premis Smart YY Mobile, Kompleks Teruntum, di sini, pada 30 Ogos lalu jam 3 petang. 

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan.
sumber:mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved