Sauna songsang

on 03 November 2013

KISAH 1: Kewujudan lebih 10 sauna khusus untuk lelaki di sekitar Kuala Lumpur bukan semata-mata untuk rawatan kecantikan, tetapi turut menjadi lokasi golongan lelaki gay melam­pias nafsu sejenis.
Kegiatan sauna songsang itu semakin berkembang secara haram di sebalik lesen pusat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. 
Dalam tempoh dua minggu, wartawan membuat tinjauan di beberapa pusat sauna gay sekitar Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Cheras dan Brickfields. 

Secara keseluruhannya, dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 sekali masuk ke pusat sauna songsang, golongan gay ini boleh mendapatkan perkhidmatan bilik sauna, bilik stim serta beberapa kemudahan lain, termasuk gimnasium mini dan kafe.
Foto
PELANGGAN hanya bertuala dan menyimpan semua barang dalam almari kecil sebelum naik ke tingkat atas untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Hasil pemeriksaan maklumat menerusi Internet membawa wartawan ke sebuah pusat sauna gay di Jalan Sultan Ismail.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved