Rantai anak angkat, bangkai ayam di leher

on 18 November 2013

Washington: Seorang pekerja Jabatan Kebajikan Carolina Utara ditahan pihak berkuasa selepas anak angkatnya ditemui di rantai di anjung rumah dengan bangkai ayam digantung di lehernya.
Timbalan Sherif Monroe berkata, budak lelaki berusia 11 tahun itu ditemui menggigil bersendirian selepas dirantai di buku lalinya.

Sherif Eddie Cathey terkejut dan memberi jaminan melancarkan siasatan penuh terhadap kes itu.
Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran yang melihat budak lelaki itu dan selepas siasatan dilakukan, lima budak dipindahkan dari rumah itu.

Seorang lelaki, Dorian Lee Harper, 57, ditahan ketika serbuan di rumah itu dilakukan dan seorang wanita, Wanda Sue Larson, 57, turut ditahan tidak lama kemudian.

“Meskipun tidak berada di dalam rumah ketika kanak-kanak itu ditemui, Wanda Sue dituduh bersekongkol menganiaya mereka,” kata jurucakap polis.
Pasangan itu mengambil empat anak angkat berusia 8, 9, 13 dan 14 tahun selain menjadi penjaga kepada budak berusia 11 tahun yang ditemui di anjung rumah itu.

“Kedua-dua suspek didakwa atas tuduhan mencederakan kanak-kanak dengan niat, menyebabkan kecederaan serius, tahanan secara paksa dan kekejaman terhadap haiwan (berdasarkan keadaan haiwan peliharaan ditemui di rumah itu).” Wanda Sue yang bertugas sebagai penyelia pekerja Jabatan Kebajikan turut didakwa gagal melaksanakan tugasnya sebagai kakitangan awam.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved