Polis kanibal

on 30 November 2013

Berlin: Polis Dresden semalam berkata mereka menahan seorang anggota pasukan itu kerana disyaki membunuh dan memakan sebahagian organ seorang lelaki yang disyaki ‘kekasih’ suspek itu.
Jurucakap polis berkata, suspek ialah anggota polis berusia 55 tahun dan pakar dalam bidang menganalisis tulisan tangan. 
Katanya, kes itu dibongkar selepas pihak berkuasa menemui cebisan mayat mangsa di kawasan pergunungan Erz di timur Jerman. 

“Siasatan menunjukkan ada tanda anggota badan mangsa dimakan suspek,” katanya.
Jurucakap itu berkata, lelaki yang dibunuh itu menetap di Hannover dan dilaporkan hilang sebelum ini. 
Katanya, polis percaya kedua-dua lelaki terbabit berkenalan melalui Internet dan sama-sama berminat dalam aksi sadis untuk mendapatkan kepuasan seksual. 

Menurut bukti ditemui, mangsa diseksa, dibunuh dan dipotong dengan sebahagian daripadanya ditanam di satu lokasi di kawasan pergunungan. 

“Tanah itu dimiliki suspek,” katanya. 

Jurucakap itu berkata, suspek bertugas di Jabatan Siasatan Forensik Polis Saxony. 

Sementara itu sumber berkata, polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian. 

“Disebabkan ada beberapa anggota badan mangsa gagal ditemui, polis percaya ia sudah dimakan suspek,” katanya.- Agensi
SUMBER: MYMETRO
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved