Peminat Arsenal hilang rumah selepas kalah

on 17 November 2013

Kampala: Perlawanan minggu lalu yang menyaksikan Manchester United menumpaskanArsenal 1 - 0 di Old Trafford dianggap oleh mereka yang bertaruh sebagai amat penting dalam menentukan kedudukan Liga Perdana untuk keseluruhan musim ini.
Di Afrika, keputusan itu lebih menarik lagi. Jauh lebih menarik daripada di England sendiri. 
Menurut laporan akhbar Observer, seorang peminat Arsenal dan seorang peminat United di Uganda mempertaruhkan sesuatu yang secara lisan boleh dianggap sebagai nyawa masing-masing. 

Peminat Gunners mempertaruhkan rumahnya sementara peminat Red Devil berkenaan mempertaruhkan kereta dan juga isterinya.

Peminat Arsenal, Henry Dhabasani kalah kepada Rashid Yiga selepas pertaruhan berkenaan yang dibuat secara bertulis dengan disaksikan oleh ketua tempatan dan peminat bola di kawasan itu.
Menurut laporan berkenaan, Dhabasani yang mempunyai tiga isteri dan lima anak pengsan selepas perlawanan berakhir dengan kekalahan Arsenal. 

Observer melaporkan, beberapa peminat United muncul di rumah Dhabasani dan mengusir dia dan keluarganya selepas perlawanan itu. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved