Lelaki bunuh, makan jantung, lidah mangsa

on 17 November 2013

Paris: Seorang lelaki yang secara kejam membunuh seorang warga emas dan memakan jantung serta lidah mangsa mendakwa dia melakukannya selepas mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian.
Pegawai di Perancis berkata, lelaki berusia 26 tahun itu yang hidup bergelandangan memasuki rumah mangsa di Nouihan, selatan negara itu sebelum memukul kepala mangsa dengan besi dan membelah tubuh warga emas itu untuk menarik keluar jantungnya.

Lelaki itu memakan lidah dan jantung sebelum membakar mayat dan rumah mangsa.
Kebakaran berkenaan menyedarkan anak warga emas terbabit yang tinggal berhampiran.

Dia menemui mayat bapanya selepas berjaya memadamkan kebakaran.

Kejadian kelmarin itu memeranjatkan kampung kecil berkenaan yang dihuni kira-kira 200 orang.
Sebelum melakukan kekejaman itu, lelaki terbabit turut menyerang seorang penduduk dan menghantukkannya pada sebuah traktor.

Polis berjaya menangkap lelaki berkenaan, kira-kira tiga jam selepas dia mengganas.
Kejadian itu hampir sama dengan kes Ronald Poppo, lelaki berusia 66 tahun yang mukanya dimakan oleh seorang kanibal, Rudy Eugene.

Poppo diserang oleh Eugene yang memakan 75 peratus mukanya menyebabkan dia buta.

Eugene yang turut mengoyakkan pakaian dan memukul mangsa ditembak polis dalam kejadian tahun lalu. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved