Kemaruk pisang 20 kali sehari

on 14 November 2013

Sydney: Seorang wanita langsing semula jadi dan kini hamil anak pertama menjadi sasaran kritikan kerana mempromosikan diet keterlaluan yang menyaksikan dia memakan pisang secara melampau.
Loni Jane Anthony, 25, dari Australia mendedahkan dalam blognya, dia memakan sehingga 20 biji pisang sehari, sama ada secara mentah dan dibuat minuman smoothie sebagai sarapan, makan tengah hari dan kadangkala mencampurkannya dengan salad ketika makan malam. 
Selepas mendedahkan mengenai rancangan pemakanannya yang berasaskan buah-buahan kepada news.com.au, orang ramai menyifatkan wanita itu tidak bertanggungjawab dan suka memuji diri sendiri terutama melalui laman Instagram.

Loni menyatakan dia berbangga kerana mempunyai hampir 100,000 pengikut sambil memuat naik puluhan imej menunjukkan tubuhnya yang ramping.
Foto
LONI Jane dedah makan 20 biji pisang sehari.

Seorang pengguna menulis, tubuh manusia tidak mampu bertahan hanya dengan memakan buah-buahan kerana ia tidak seimbang dengan keperluan harian.

“Saya menghormati sesiapa saja yang membuat perubahan positif dalam gaya hidup mereka tetapi diet sementara seperti ini hanya akan berhasil selepas tempoh yang lama,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna mempertikai mengenai kehamilannya.

“Saya lebih bimbang kerana dia tidak memakan makanan yang betul seperti protein yang diperlukan bayi untuk tumbesaran yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Bagaimanapun, Loni yang hamil 26 minggu berkata, dia tidak pernah mengalami masalah pemakanan seperti anorexia atau bulimia.

Loni Jane berkata, dia mula mempunyai tabiat memakan buah-buahan selepas letih dengan gaya hidup suka berparti yang menyaksikan dia hanya mengambil makanan ringan dan minuman keras. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved