Keluarga wanita disangka monyet ampun pemburu

on 11 November 2013

Riyadh: Keluarga kepada wanita tua di Arab Saudi yang ditembak mati oleh pemburu yang muda selepas tersilap kerana menyangka mangsa adalah monyet sudah memaafkan suspek.
Bagaimanapun, suspek masih ditahan di penjara. Keluarga mangsa yang berusia 60-an itu tampil di mahkamah di Taif, barat Saudi kelmarin dan memberitahu hakim yang mereka memaafkan pemuda itu dan menggugurkan kes berkenaan.

Akhbar melaporkan suspek dipenjarakan tetapi kemaafan daripada keluarga mangsa membolehkan dia terselamat daripada hukuman gantung.
Suspek memberitahu polis, dia menembak mangsa dari jarak jauh selepas tersilap menyangka mangsa ialah monyet yang cuba merosakkan pokok di kawasan kejiranan itu.

Mangsa sebaliknya sedang memetik daun daripada pokok untuk biri-birinya. “Penduduk kampung berkata, mereka ingin menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri agar membebaskan pemuda itu,” lapor akhbar harian Sabq. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved