Instagram jadi tempat dagang dadah

on 10 November 2013

New York: Nampaknya serangan dan kutukan terhadap pengguna Instagram yang kemaruk mengambil gambar sendiri bukan ‘jenayah’ sebenar di lawan sesawang perkongsian gambar popular itu.
Maklumat terbaru menunjukkan Instagram turut dimanfaatkan peniaga dadah sebagai perantara untuk berhubung dengan pelanggan masing-masing.

Ada pemilik akaun Instagram menggunakan laman sesawang itu untuk menjual dadah dengan memuat turun foto produk mereka.
Pelanggan kemudian menghubungi mereka melalui laman berkenaan.

Dan dengan laporan penjualan dadah kini kian berkembang, Instagram berkata, pihaknya sudah melaksanakan penyaringan bagi menyekat aktiviti haram itu.

Aktiviti Instagram mungkin turut bertanggungjawab terhadap penutupan laman Silk Road yang menjadi hab jualan haram dadah serta senjata api oleh Biro Siasatan Persekutuan pada Oktober lalu. Pengedar memuat naik imej produk mereka dengan dipaut pada hashtag tertentu bagi memudahkan pembeli mengesannya. - Agens
sumber :mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved