Foto bogel artis Korea Selatan RM11,230

on 13 November 2013

Seoul: Pemilik gambar bogel penyanyi Korea Selatan, Ailee, dilaporkan cuba menjual imej lucah penyanyi berkenaan kepada media dengan harga tawaran AS$3,500 (RM11,230) lapor media semalam.
Firma 6Theory Media yang memayungi syarikat AllKPop menjadi media pertama dihubungi pihak terbabit kerana mereka dilaporkan tidak mempunyai akses kepada media tempatan seperti Sports Seoul dan Dispatch. 
Sumber berkata mereka dihubungi wakil pemilik gambar berkenaan dan meminta bayaran dibuat secara tunai. 

“Tawaran berkenaan dibuat pada Jun lalu, manakala gambar bogel Ailee mula tersebar melalui sebuah laman sesawang forum pada Ahad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap berkenaan, mereka menerima berita daripada pembaca yang mengirimkan pautan laman sesawang berkenaan.

“Sebagai laman sesawang berita, katanya, menjadi tugas 6Theory Media melaporkan perkembangan berkenaan,” katanya kepada media. 

Sementara itu, sumber lain berkata gambar bogel artis Korea Selatan berkenaan sudah mula tersebar di Internet sejak tiga bulan lalu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved