Belasah isteri dek cemburu

on 16 November 2013

Kajang: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an membelasah isterinya termasuk dengan kayu hingga menyebabkan wanita itu pengsan di rumah mereka di Sungai Ramaldi sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun cedera di kepala, tangan, muka dan badan akibat ditumbuk dan diterajang serta dipukul dengan kayu. 
Difahamkan, sebelum itu lelaki berkenaan menyerang isterinya di tempat kerjanya di sebuah restoran di Bandar Baru Bangi. 

Menurut sumber, suami mangsa tiba-tiba berang dan menyerang wanita berkenaan di khalayak ramai mendakwa isterinya curang menjalin hubungan dengan lelaki lain.


“Suami mangsa datang dalam keadaan marah dan meluru ke arah isterinya yang sedang menghidangkan minuman kepada pelanggan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved