Adam Levine lelaki paling seksi

on 21 November 2013

New York: Penyanyi kumpulan Maroon 5, Adam Levine dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi oleh majalah People semalam.
Artis yang pernah memenangi anugerah Grammy dan menjadi juri pertandingan nyanyian popular NBC The Voice mengalahkan sejumlah selebriti lain, termasuk Bruno Mars dan Justin Timberlake. Levine, 34, kini ialah tunang kepada model pakaian dalam Victoria Secret, Behati Prinsloo.

Kata Levine, dia amat terkejut dengan pengumuman itu.
“Sebagai pemuzik, anda mengimpikan untuk memenangi anugerah Grammy, tetapi tidak pernah terfikir untuk meraih pengiktirafan sebegini.

“Saya benar-benar terkejut dan hairan. “Ia seolah-olah satu jenaka tetapi saya tahu ia bukan gurauan dan saya rasa pengiktirafan ini memang hebat,” katanya. Levine menyertai senarai pemenang sebelum ini termasuk Channing Tatum, Brad Pitt, Johnny Depp, Ryan Reynolds, George Clooney dan Matt Damon.

Penyanyi itu menceburi bidang lakonan tahun lalu apabila muncul buat kali pertama dalam siri televisyen “American Horror Story”. Dia juga muncul dalam filem “Can A Song Save Your Life?“ bersama Keira Knightley dan Mark Ruffalo tahun ini. Filem itu turut ditayangkan dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto. - Reuters
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved