Tertinggal isteri lepas pandu 200 kilometer

on 14 Oktober 2013

Berlin: Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.
Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas. 
Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer. 

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.

“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.

Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik. 

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya. 

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan. 

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu. 

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved