Sasar janin, wanita hamil

on 20 Oktober 2013

Damsyik: Wanita hamil dan bayi mereka dilaporkan menjadi sasaran latihan penembak curi rejim Bashar al-Assad di Syria, kata seorang pakar bedah British dan dilaporkan media semalam.
Menurut pakar bedah itu, setiap hari penembak curi menyasarkan tembakan mereka pada bahagian tubuh berlainan orang awam yang keluar membeli bekalan makanan.
David Nott berkata, dia menghabiskan masa sepanjang minggu di sebuah hospital Syria, tetapi lokasinya dirahsiakan atas faktor keselamatan.

Kata Nott, jika pada satu hari penembak curi itu menjalani latihan menyasarkan bahagian tembak leher, keesokan harinya mungkin mereka memilih dada.
Foto
SEORANG wanita membawa bantuan roti yang diterimanya di bandar Minbij, Aleppo, semalam.

“Sehari kemudian mereka menumpukan tembakan pada kemaluan mangsa,” katanya kepada akhbar Times.

Menurut Nott, apa yang berlaku itu dianggap sekadar satu permainan di kalangan penempak curi. 

“Kami dimaklumkan penembak curi dihadiahkan sebungkus rokok jika sasaran mereka tepat mengenai orang awam,” katanya.

Nott berkata, dia mendapati semua wanita yang menjadi mangsa ditembak di perut.
Justeru, katanya, mereka percaya penembak curi itu memang menyasarkan janin wanita hamil. 

“Perbuatan itu memang disengajakan,” katanya.

Dianggarkan secara purata enam wanita hamil ditembak sehari. 

Walaupun ada dua kes wanita hamil menjadi mangsa berjaya diselamatkan, janin mereka disahkan terbunuh apabila otak mangsa ditembusi peluru.

Nott yang menjadi pakar bedah sukarelawan di Bosnia, Libya, Chad, Sudan dan Republik Demokratik Kongo baru pulang dari Syria menganggap negara itu zon perang pertama menyasarkan orang awam, terutama wanita hamil. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved