Remaja 14 tahun terbabit serangan seksual bersiri

on 21 Oktober 2013

Manchester: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun semalam ditahan ekoran beberapa siri serangan seksual di Manchester.
Remaja itu ditahan bersama pemuda berusia 18 tahun. Jurucakap polis berkata, penangkapan dibuat selepas tiga insiden serangan terhadap beberapa wanita dekat Universiti Manchester bulan lalu. Pegawai polis Manchester, Colin Larkin berkata, jenayah itu mengejutkan semua orang dan polis bangga memaklumkan bahawa mereka sudah membuat dua tangkapan. “Terima kasih kepada orang ramai dan media yang menyokong, selain maklumat diberikan kepada kami,” katanya. Polis mengaitkan kedua-dua suspek dengan insiden serangan di Universiti Manchester apabila dua serangan pertama berlaku pada 21 September lalu dengan jarak masa 15 minit.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita berusia 27 tahun ditarik dari belakang sebelum mangsa menjerit menyebabkan penyerang melarikan diri.
Kejadian kedua pula membabitkan wanita berusia 21 tahun diusik dengan ejekan lucah ketika meninggalkan perpustakaan sebelum diserang. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved