Potong kemaluan elak rogol

on 31 Oktober 2013

Mumbai: Timbalan Ketua Menteri Maharashtra Ajit Pawar sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan hanya memotong kemaluan perogol dapat menghentikan jenayah rogol.
Beliau berkata perogol tidak boleh dimaafkan dan wajar dikenakan hukuman berat.

Sebuah akhbar menmetik dia sebagai berkata: “Kita perlu melaksanakan penyelesaian tegas untuk menghentikan jenayah rogol. “Kita perlu memotong kemaluan perogol. Jika tindakan ini dlaksanakan secara serius ia secara automatik menakutkan orang lain yang berniat melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.
Pawar sebelum ini dikritik apabila memperlekeh seorang petani di kawasan kering kontang di Solapur yang menyertai mogok lapar di Mumbai.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved