Mengadu di talian lucah

on 24 Oktober 2013

San Francisco: Penduduk setempat yang berang dengan bunyi bising akibat acara maraton anjuran Nike di bandar raya ini terkejut apabila aduan mereka disambungkan kepada talian telefon seks.
Beberapa penduduk San Francisco menghubungi pusat perkhidmatan aduan setempat untuk mengemukakan bantahan terhadap gangguan bunyi.

Kesilapan itu berlaku sejurus selepas larian dimulakan pada jam 5.30 pagi Ahad lalu. Selepas mendail, operator bertugas memberikan nombor pusat aduan yang boleh dihubungi untuk menyalurkan aduan berkenaan. Namun, selepas pengadu menghubungi nombor diberikan pihak berkuasa, panggilan mereka dijawab oleh operator khidmat seks.
Pihak berkuasa perbandaran berkata, mereka diberikan nombor yang salah dan kini masih menyiasat mengenai kesilapan maklumat itu. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved