Lelaki bunuh diri lepas dipaksa jilat ludah

on 22 Oktober 2013

Bihar: Seorang lelaki yang berasa terhina membunuh diri akibat dipaksa menjilat ludah beberapa ketua jawatankuasa kampung selepas bergaduh dengan seorang ketua agama di Bihar.
Menurut satu laporan di Tol, lelaki berumur 40 tahun itu menemui ketua agama yang mendakwanya mengganggu anak perempuannya sebelum mereka bertengkar. 
Ketua jawatankuasa dan penduduk kampung dipanggil membincangkan isu itu. Mereka mendapati lelaki berkenaan bersalah dan didenda RS21,000 (RM1,081). 

Lelaki berkenaan diarah menjilat ludah ahli jawatankuasa berkenaan untuk meringankan hukuman.

Malu diarah menjilat ludah di depan orang awam, lelaki itu pulang ke rumah dan membunuh diri, dakwa isteri mangsa yang membawanya ke hospital.

Menurut satu laporan polis, semua tertuduh melarikan diri selepas kejadian itu. - AFP 
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved