Bunuh ibu kerana telefon bimbit

on 29 Oktober 2013

Mesa (Arizona): Seorang budak lelaki berusia 16 tahun didakwa membunuh selepas mayat ibunya ditemui di rumah keluarganya, Sabtu lalu.
Mayat Tina Helms Spencer, 36, ditemui di belakang bangsal sebuah kediaman di Mesa, Arizona. 
Anak lelakinya, Mike Helms, kini ditahan di mahkamah juvana atas dakwaan membunuh, menyerang dan cuba menghapuskan bukti. 

Rakannya berusia 17 tahun turut didakwa membunuh, menyerang, mengubah bukti dan menyembunyikan mayat.

Polis berkata, Mike bertindak membunuh selepas dia dimarahi dan telefon bimbitnya dirampas oleh ibunya.

Mereka didakwa bertengkar mengenai telefon bimbit berkenaan sebaik ibunya pulang dari bekerja, menyebabkan dia merancang membunuh wanita itu. 

Polis menerima panggilan daripada ayah angkat budak itu yang turut dicederakan suspek tetapi berjaya melepaskan diri dan menghubungi polis. 

Polis mendapati sebuah kenderaan hilang dan terdapat tanda pergelutan di lokasi kejadian. 

Ketika siasatan, polis berjaya menghubungi rakan budak terbabit di rumah berdekatan dan menahannya 

Satu tukul dan kuali ditemui di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved