‘Aku utusan nabi’

on 25 Oktober 2013

Kuala Lumpur: “Aku buat semua ini kerana utusan Nabi Muhammad.” Itulah kata-kata seorang lelaki berusia 26 tahun ketika dia ditahan orang ramai selepas menikam empat mangsa di dua tempat berasingan iaitu berhampiran stesen LRT Gombak dan Taman Melati, di sini, menyebabkan dua daripada mereka maut.
Kata-kata lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental itu didengar Farid Sulaiman, antara orang awam yang membantu menahan suspek selepas dia menikam mati mangsa keempat Kuan Chun Thai, 25, dalam kejadian di Jalan Tumbuhan, Taman Melati, semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, selain Chun Thai, seorang lagi mangsa iaitu Lee Kah Ghee, 48, juga mati di tempat kejadian manakala dua yang lain parah dan kini sedang dirawat. 

Menceritakan semula detik mecemaskan itu, Farid, 43, berkata, dia yang sedang minum bersama rakannya di sebuah gerai mendengar jeritan orang ramai.
Foto
ANGGOTA forensik memeriksa mayat seorang mangsa.

“Saya dan rakan segera ke lokasi kejadian sebelum melihat orang ramai sedang bergelut dengan seorang lelaki memegang pisau Rambo.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved