Terkejut lihat anak lemah tiba-tiba

on 02 September 2013

Sungai Petani: “Saya terkejut apabila melihat Wan secara tiba-tiba menjadi lemah dan tidak bermaya selepas meneguk air oren yang dibancuh rakannya,” kata Abdul Rahman Mustafa, 62, bapa kepada Mohd Ridzuan, 29, yang masih koma selepas meminum air oren dipercayai mengandungi bahan berbahaya.
Abdul Rahman berkata, sebelum itu, dia melihat seorang daripada pekerja membawa satu bekas lalu membancuh air oren yang diambil di atas meja di bahagian tepi gerai bersama dengan ketulan ais. 
Katanya, pekerja terbabit kemudian membawa kepada rakannya di tempat membakar lemang sebelum empat daripada mereka yang sedang berehat mengambil air oren itu dan meminumnya, namun dua lagi pekerja tidak sempat kerana sudah habis. 

“Tidak lama kemudian saya diberitahu, Rosli mahu pulang ke rumah kerana tidak sedap badan sebelum mendengar bunyi bising apabila beberapa pekerja dan majikan menerpa ke arah anak saya serta dua lagi rakannya di tempat bakar lemang.

“Ketika mendapatkan Mohd Ridzuan, Jefri dan Puzi, mereka memberitahu kepala masing-masing pening manakala badan tidak mampu bergerak dan mula muntah. Justeru, mereka terus dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan termasuk Rosli yang sudah tidak bermaya,” katanya.

Katanya, dia dan pekerja lain berasa hairan dan terkejut dengan kejadian itu berikutan pati oren berkenaan daripada botol sama diminum mereka pada malam sebelum kejadian, tetapi tiada apa-apa berlaku. 

“Nasib baik bekas air oren yang dibancuh itu kecil, jika tidak lebih ramai pekerja yang mengalami nasib sama seperti anak saya dan tiga yang lain. Tetapi, apa salah mereka sehingga ada orang sanggup berbuat demikian,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Azlan Strider berkata...

Uiks...bahaya gak tu...punca dari kordial oren ke?? Nmpak gaya kita kena lebih berhati kalau nak pilih barang...especially jenama yg x berapa nak famous nie..

Regards
Strider


Isnin, September 02, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved