Sami potong kemaluan sendiri

on 06 September 2013

New Delhi: Seorang sami mengembiri dirinya sendiri kerana usaha memprotes penahanan seorang pemimpin kerohanian Hindu atas dakwaan merogol, kata polis semalam.
Baba Premdas, 60, ditemui berlumuran darah kelmarin di Uttar Pradesh selepas memotong kemaluannya kerana berang Asaram Bapu ditahan pihak berkuasa. 
Ketua Polis Amethi, Alankrita Singh berkata, pihak berkuasa belum pasti motif sebenar Premdas bertindak nekad begitu. 

“Ada pihak berkata dia memprotes penahanan Bapu, tetapi sesetengah sumber memberitahu dia sendiri takut jika berada dalam situasi Bapu pada satu hari nanti,” katanya.

Premdas dipindahkan ke hospital untuk menjalani pembedahan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Walaupun polis mendapati kecederaan pada Premdas adalah akibat perbuatan sendiri, mereka tetap akan menyoal siasat sami terbabit. 

Bapu ditahan kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun beberapa hari lalu. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved