Lelaki kena 20 sebatan pukul bahu isteri

on 13 September 2013

Riyadh: Sebuah mahkamah di Al Qateef di timur Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman 20 sebatan terhadap seorang lelaki kerana memukul bahu isterinya.
Kes itu difailkan sebulan lalu oleh mangsa yang turut menyerahkan laporan perubatan bagi menyokong dakwaannya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang berusia 30-an, menafikan dia bermaksud untuk menyakitkan isterinya. Menurutnya, dia hanya bergurau dengan isterinya, lapor akhbar. Walaupun wanita terbabit kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa dia ingin menggugurkan kes itu kerana sudah berbaik semula dengan suaminya, tetapi pendakwa raya enggan berbuat demikian. Perbicaraan diteruskan dan hakim kemudian memutuskan wanita terbabit berhak menghadiri pelaksanaan hukuman sebatan itu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved