Kayu tusuk leher

on 23 September 2013

Kuching: Seorang lelaki parah di leher akibat ditikam dengan kayu selepas berdepan sekumpulan remaja dipercayai menyamun telefon bimbit anak saudaranya dalam kejadian berdekatan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Batu Kawah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 46 tahun dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana kehilangan banyak darah akibat kecederaan itu.
Sumber berkata, kejadian berlaku apabila seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dirompak remaja lelaki lain berusia 16 tahun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal.

“Suspek dikatakan mengacu pisau dan menuntut wang dari mangsa, bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mempunyai wang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas sebagai ganti.
Foto
MANGSA yang berlumuran darah tiba di HUS untuk rawatan.

“Mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian itu kepada rakan dan ahli keluarganya sebelum mereka berkumpul dan pergi ke lokasi kejadian untuk berdepan dengan suspek yang masih berada di kawasan itu bersama beberapa rakan,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved