Jual anak menerusi Facebook

on 20 September 2013

Rio De Janeiro: Sepasang suami isteri yang cuba menjual anak perempuan mereka berusia dua tahun menerusi Facebook ditangkap di sini, di timur laut Brazilm semalam.
Jurucakap polis tempatan berkata, ibu bapa kandung kanak-kanak itu dipenjara selepas gagal membayar ikat jamin sebanyak AS$6,666 (RM21,019) seorang sementara mangsa diserahkan kepada jabatan perlindungan kanak-kanak.

“Ibu berusia 23 tahun itu berkata dia memerlukan wang untuk berlepas ke Eropah dengan tujuan untuk melacur. Si bapa berusia 40 tahun hanya berdiam diri,” kata jurucakap berkenaan.
Seorang pekerja sosial di Campina Grande di negeri Paraiba membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencapai persetujuan untuk jual-beli kanak-kanak berkenaan di Facebook.

“Saya gembira kerana dapat membantu mengubah masa depan kanak-kanak berkenaan,” kata pekerja sosial itu yang mulanya menyangka pasangan suami isteri itu berjenaka.

Menurutnya, dia bersetuju menemui pasangan itu di luar sebuah stesen kereta api di Recife dan menyerahkan wang berjumlah $666 (RM2,100) dan komputer mudah alih sebagai pertukaran dengan kanak-kanak itu.
Menerusi perjanjian itu, dia juga dikehendaki membayar $890 (RM2,805) secara berperingkat-peringkat.

“Si suami tidak terbabit dalam rundingan itu tetapi hadir ketika penyerahan kanak-kanak itu,” kata Geraldo da Costa, pegawai penyiasat kes berkenaan dalam satu kenyataan. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

blogger lelaki berkata...

hampeh punya emak..dah la niat tu dah terpesong dah siap jual anak pulak


Jumaat, September 20, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved