Isteri jadi ‘mak turut’

on 22 September 2013

Kuala Lumpur: Bagi memastikan isteri tunduk dan menyembunyikan hubungan sulitnya dengan janda, seorang lelaki tergamak menyihir isterinya termasuk menyediakan makanan mengandungi benda kotor seperti kuku dan rambut selain menjalankan upacara syirik dalam bilik di rumah mereka.
Lebih memalukan, lelaki berkenaan sanggup menipu isterinya kononnya dia mahu menunaikan solat sunat dalam bilik berkenaan, walhal dia sebenarnya melakukan upacara pemujaan menggunakan sebilah keris dan asap kemenyan. 
Itu antara sihir yang dilakukan suami kepada seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Surina, 34, sepanjang tempoh perkahwinan mereka dari 2004 hingga 2010. 

Rahsia itu terbongkar selepas Surina menemui bekas asap kemenyan dan keris kecil yang disembunyikan suaminya ketika mengemas bilik berkenaan beberapa bulan selepas perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, dia masih mampu bertahan selama enam tahun disebabkan ilmu sihir suaminya hingga tiada langsung perasaan marah ketika berdepan lelaki itu.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Ina berkata...

Teruknya... Hanya kejar nikmat dunia... Balasan yang berat kepada yang melakukan dosa besar seperti syirik. Tunggu je... Pati terima siksa yang amat berat.

Ina


Ahad, September 22, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved