Iklan donat kena kutuk

on 01 September 2013

Bangkok: Kumpulan hak asasi manusia menggesa rangkaian restoran francais Dunkin’ Donuts menarik balik iklannya kerana didakwa berbau perkauman.
Melalui iklan memperkenalkan donat coklat baru itu, syarikat terbabit memaparkan imej seorang model wanita hitam legam dan bergincu merah jambu. Dunkin’ Donuts Thailand mula melancarkan kempen mempromosikan “Donut Arang” awal bulan lalu menggunakan tema retro abad ke-19 dan awal abad ke-20. Iklan televisyen dan poster menunjukkan wanita dengan fesyen rambut 1950-an itu menggigit donut hitam dengan slogan bertulis: “Pecahkan setiap peraturan keenakan.” Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) berkata, mereka terkejut melihat cara syarikat terbabit mengendalikan kempen iklan yang hanya mencetuskan kemarahan jika ia dilancarkan di AS.

Timbalan Pengarah HRW Asia Phil Robertson berkata, kempen iklan itu pelik dan berunsur perkauman. “Dunkin’ Donuts berpendapat ia perlu mewarnakan warna kulit wanita itu menjadi hitam dan menonjolkan gincu merah jambu terang pada bibirnya untuk menjual donat coklat,” katanya.
Ketua Pengarah Eksekutif Dunkin’ Donuts Thailand Nadim Salhani menolak kritikan itu mengatakan ia adalah bentuk “pemikiran prejudis orang Amerika.” “Ia tidak masuk akal. Kami tidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mempromosikan donut kami? “Saya tidak faham langsung apa masalah yang ingin diketengahkan di sini? Bagaimana jika produk itu berwarna putih dan saya warnakan putih pada muka model itu, adakah itu dianggap perkauman?” katanya. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Sharinginfoz berkata...

macam-macam cara orang guna untuk promosikan sesuatu barang


Ahad, September 01, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved