Dua bulan menyamar pramugari

on 21 September 2013

Beijing: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun berpakaian seperti pramugari dan menghabiskan masa dua bulan di lapangan terbang sebelum penyamaran itu dibongkar.
Media melaporkan, Luo Siqi berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun sejak Julai lalu dengan menyamar sebagai pembantu penerbangan syarikat China Southern Airlines. 
Tiada sesiapa yang menyedari keadaan Luo itu - yang turut membawa dokumen penerbangan - sehingga Ogos lalu apabila dia disoal siasat polis. Pihak berkuasa kemudian mengiringi Luo dari lapangan terbang ke pusat kebajikan kanak-kanak di Guangzhou - sebanyak dua kali - tetapi dia tetap bertegas mahu kembali. 

Luo dilaporkan memberitahu polis, dia terlalu sukakan “langit biru” dan meminta izin untuk kembali ke lapangan terbang. Sementara itu ibu bapa angkat remaja terbabit meminta polis menyiasat jika ada mana-mana pihak mengajar Luo menyamar sebagai pramugari.
Foto
REMAJA 13 tahun yang berpakaian seperti pramugari sejak dua bulan lalu.

Luo ditinggalkan ibu bapa kandungnya sejurus selepas dilahirkan dan dijadikan anak angkat lebih daripada sekali. Dia kini menetap bersama sepupunya di bandar Luoding dan mula merayau-rayau di lapangan terbang sejak Julai lalu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved