Bayi 15 bulan parah jatuh 21m dari bilik tidur

on 11 September 2013

London: Seorang kanak-kanak Shantelle Clarke yang berusia 15 bulan mengalami kecederaan dalaman yang mengancam nyawanya selepas terjatuh 21.3 meter dari bilik tidurnya.
Ibu bapa mangsa menyalahkan kunci keselamatan bayi yang dipasang di tingkap biliknya. Chelsea Westgate, 18, dan Craig Clarke, 23, yang tidak keruan berada di sisi katil hospital kanak-kanak itu malam kelmarin ketika keadaannya disifatkan sebagai kritikal tetapi stabil.

Pasangan itu yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Kurtis, dipercaya tidur di bilik lain di tingkat lima ketika kejadian jam 8.30 pagi di Plymouth. Semalam keluarga Shantelle mengecam laporan yang mengatakan ibu bapanya yang bakal menunggu kelahiran anak ketiga patut dipersalahkan.
Nenek Chelsea, Doreen Pegg, 75, berkata: “Chelsea dan Craig sedang tidur ketika kejadian dan Kurtis serta Shantelle pula bermain di bilik mereka.

“Saya rasa ada kesilapan dengan selak keselamatan di tingkap ketika Shantelle jatuh tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana kejadian sebenar berlaku. “Ia kemalangan yang teruk yang boleh terjadi pada mana-mana ibu bapa,” katanya.

Ibu saudara mangsa, Kelly Westgate mendakwa dalam laman Facebooknya, insiden itu terjadi kerana selak keselamatan di tingkap tidak berfungsi walaupun ibu bapa mangsa diberitahu ia selamat.
Seorang lagi saudara Kerri Phillips mendakwa kunci selak itu baru saja ditukar dan tidak dipasang dengan betul. Datuk Shantelle, Ian Clarke, 48, yang kini menjaga Kurtis berkata: “Craig dan Chelsea adalah ibu bapa yang hebat. Mereka tidak patut dipersalahkan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved