Bayar bil air dengan kokain

on 29 September 2013

Deltona (Florida): Polis di sini berusaha untuk mengenal pasti identiti seorang lelaki yang didakwa cuba membayar bil airnya dengan kokain.
Lelaki tidak dikenali itu datang ke pejabat jabatan air baru-baru ini dan menyerahkan kepada seorang kerani sampul surat berisi sejumlah kecil serbuk putih.

Tindakannya itu menyebabkan pegawai menelefon polis dan jabatan bomba bagi mengenal pasti serbuk berkenaan.
Ia kemudian disahkan kokain, kata jurucakap Jabatan Syerif Volusia County Gary Davidson.

Kamera pengawasan menunjukkan suspek berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek dan menunggang basikal. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved