Wanita hamil cedera terbabas jalan berminyak

on 05 Ogos 2013

Port Dickson: Seorang wanita mengandung lima bulan cedera apabila motosikal dinaiki bersama suami terbabas di Kilometer 21.5, Jalan Pantai, Pasir Panjang dekat sini, akibat jalan licin dan berminyak selepas berlaku tumpahan buah sawit lerai di laluan berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Nofazira Zahar, 20, dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) bagi mendapatkan rawatan, manakala suami lingkungan 20-an tidak cedera.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pintu belakang lori 10 tan membawa muatan sawit lerai dari Ladang Sengkang menuju Kilang Kelapa Sawit Sua Betong terbuka menyebabkan sebahagian muatan itu bertaburan di atas jalan lebih tiga kilometer.
Selain pasangan suami isteri berkenaan, enam kenderaan lain membabitkan tiga kereta dan tiga motosikal turut mengalami kerosakan selepas terbabas ketika melalui jalan berkenaan.

Menurut pemandu kereta, Mohd Nafis Berhan, 48, ketika sampai di tempat kejadian, kereta Toyota Avanza dipandunya tidak dapat dikawal kerana jalan licin.

“Selepas selekoh, saya yang dalam perjalanan mahu ke Masjid Telok Pelandok tidak dapat mengawal kereta hingga memasuki lorong kanan jalan dan apabila memaut stereng ke kiri, kereta saya terus meluncur ke dalam longkang.
“Keadaan waktu itu gelap dan saya tidak perasan biji sawit bertaburan di atas jalan menyebabkan ia licin. Pada masa sama, beberapa kenderaan lain juga terbabas termasuk motosikal dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya yang juga imam di Masjid Pelandok.

Sementara itu, Pengurus Ladang Kelapa Sawit Sengkang, Yue Kim Ling, 44, berkata, sebaik dimaklumkan pekerja mengenai kejadian itu, dia bergegas ke tempat kejadian.
“Saya terus memaklumkan kepada polis dan bomba bagi membantu membersihkan jalan kerana ia berminyak dan membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved