Uqasha Senrose diraba pembantu peribadi

on 24 Ogos 2013


Aktres baru yang semakin dikenali, Uqasha Senrose mengakui pernah diraba oleh pembantu peribadi (PA) ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan biadap itu, dia bertindak memecat pembantunya itu yang merupakan seorang pengkid serta-merta.
"Tidak perlu rasanya untuk saya menyebut namanya. Perkara itu berlaku ketika saya di set penggambaran drama "Ratu Shuhada" baru-baru ini. Saya sedang tidur di dalam kereta dan ketika itulah dia meraba saya. Nasib baik saya cepat tersedar.
"Selepas kejadian tersebut, saya terus memecatnya kerana saya memang tidak selesa dengan dia," ujar Uqasha ketika ditemui di tayangan filem "Paku Pontianak" di Sunway Pyramid semalam.
Tambah Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, dia mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut. 
Jelas aktres berusia 21 tahun ini lagi, buat masa ini dia masih belum mempunyai pembantu peribadi baru dan menyerahkan segala urusan seninya diuruskan oleh pihak pengurusan Metrowealth.
Ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Pekin Ibrahim, Uqasha mengesahkan bahawa dia telah dirisik oleh keluarga kekasihnya itu.
"Ya, rombongan Pekin datang merisik pada Julai lalu. Hanya merisik dan kami tidak bertunang. Namun untuk kea rah perkahwinan, rasanya bukan tahun ini kerana masing-masing sedang sibuk dengan karier.
"Kami memberi tempoh masa selama setahun untuk diri masing-masing bagi mencari duit dan mengenali hati budi antara satu sama lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Uqasha dan Pekin telah bergandingan dalam sebuah filem seram arahan Ismail Bob Hasim, "Paku Pontianak" yang bakal ditayangkan pada 22 Ogos ini.
sumber : tupai.com.my
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved